Friday, February 11, 2011

SUOSDAY PHNOM PENH!!

Inilah kenangan yang aq akan ingat sampai mati.. terlalu bernilai, lagi bernilai dari sebatang sudu yg digunakan untuk korek cacing.. (maaf klu ada yg terasa).

BERKUMPUL DI LCCT

Ini program R2K "Road To Kemboja" yang dianjurkan oleh IKRAM dengan kerjasama Mufti Kemboja..
Perjalanan kami bermula pada 25 Januari 2011 dengan semua orang berkumpul di LCCT. jumlh yang terlibat untuk program ni adalah sebanyak 50 orang. Macam x percaya pulak, ramai yang mengakui xperrnah naik kapal terbang. Kalau aku, naik kapal terbang bukan la first tyme tp pergi luar negara mmg first tyme.. takut jugak klu2 la turun2 nnti kene tembak ke, hahahaha..

MENJEJAKKKAN KAKI DI BUMI KEMBOJA

Phnom Penh International Airport, 8.00AM(kemboja) 9.00AM(Malaysia).. semua peserta dah mula gelisah melihat bandar Phnom Penh. Mana x nya.. masa dalam kapal terbang nampak sawah padi, kampung2, tasik2 n jalan2 raya yang x terurus, tetiba kapal terbang bergegar n kenapa aq rasa mcm rendah sangat nih?? ketua peramugari pun buat pengumuman, "Tuan2 dan puan2, kita telah sampai di Phnom Penh International Airport"  
WHAT???!! tadi aku nampak kampong, Ini ke Phnom Penh?? Kesian betol.. Banting lawa.. hahaha... Dekat luar airport ada seorang lelaki berjaket hitam dengan tanda nama Ismail. AIKK?? islam?? siapa lak mamat nih?? cakap kat fon ntah bahasa ape ntah dia pakai (masa ni masih x belaja bahasa khmer). Rupanya dia ni wakil jabatan mufti yang akan menyambut dan membawa kami semua melawat kemboja selama 10 hari ini. Kat sana pun ada sorang pakcik IKRAM yang dah datang awal beberapa hari dari kami. Nama dia Pakcik Zukhri.

RESTORAN MALAYSIA

Setibanya di Phnom Penh, Kami akan dibawa untuk sarapan.. tapi, kat negara ni mana nak carik makan?? xkan nak makan kdai NON-MUSLIM kot, tapi kat kmboja, doirang x panggil non muslim ataupun OT ISLAM (dlm bahasa khmer) diorang panggil KAFIR terus, bunyik mcm... adoyai, kejam sangat bunyinya.
rupanye ada restoran Malaysia kat Phnom Penh. Kedai tu agak sempit tapi panjang ke belakang. kitorang disaji ngn nasi lemak n mi goreng.. sedap2 macam Mak buat.. tapi, sambal dia warna mcm PINK@ siket sebab tukang masak dia tambah pewarna merah. (mybe x cukup cili kot haha). semua orang sangat excited sebab kat kedai tu banyak sangat produk Malaysia.. mcm Radix, Milo n Mcm2 lagi la.. 

PEJABAT MUFTI PHNOM PENH

Lepas makan kenyang2 apa lagi, mengantok la jadinya.. so, semua pun tido dalam bas.. ditambah lagi dengan kesesakan jalan raya, mmg pening.. bila dah sampai, kitorang semua dikejutkan tidor.. dia kata dah sampai jabatan mufti.. aq pon bangun la.. aq pikir, jabatan mufti?? macam JAKIM la klu kat Malaysia. Msti lawa dan ada aircond kan? wahahaha... seronok nih.. bila aq turun bas, WHAT THE??? aq tengok btol2, ni je jabatan mufti?? adoyai.. aq lupe lak yang Kemboja ni bukan negara islam.. bagunan dia cume bangunan 2 tingkat. (mcm rumah kedar tapi besar sikit). Kat sana kitorang diberi taklimat tentang negara kemboja n apa yang menarik, kami dapat jumpe seorang pelajar di jabatan mufti itu yang muka dia sebijik macam AMIRUL ANSAR!! waa... ada kembar x kasi tahu ek?? hahahaha... dekat sana jugak kitorang berpeluang nak tengok proses menterjemah al quran ke bahasa champa. ustaz yg bagi taklimat tu ajar kitorang bahasa CHAMPA. tapi, kampung yang kami nak lawat ni x pakai bahasa champa,diorang pakai bahasa KHMER.. so, mcm x ada point je nak blaja bhsa champa.. nasib baik bahasa champa nih senang, sama dengan bahasa melayu cuma ada slang2 dia sendiri.. 

PERJALANAN DARI PHNOM PENH KE KAMPOT

Dengan kehangatan bas yang air cond slow, beg aq yang terpaksa dipangku gara2 rak bas yang x mengikut standard antarabangsa, n jalan yang mcm trak rali mmg sangat menekan jiwa setiap individu didalam bas.. adoi.. pemandu bas ni pon satu hal, asik hon je..pening kpala aq.. selepas beberapa jam, kami berhenti di sebuah pekan yang x diberitahu apa namanya untuk berehat sebentar. aq pon pergi la kedai kat petrol pump uh, WHAT??!! air tin 1 dollar us?? mahalnye! tapi haus punye pasal, beli je.. dah segar2 nih mcm x taw lak nak buat ap. borak2 la.. dah borak2 bosan.. bila la nak sampai.. haripun dah gelap.. makin x taw apa nak buat.. lampu dalam bas bukak.. hmm.. nak buat apa ek? aq tgk belakang nampak la si ZATY KISAS baca quran.. aq pon tringat aq bwk quran. nak baca la nih.. aq igt ag, aq stat bce kat surah al kahfi ayat 17 kot. baru baca 1 muka, tetiba ust ismail ckp kita dah sampai.. WARGH!! aq tension btol!! wajibat x setel lagi hari uh.. huhuhuhu...

DAPAT KELUARGA ANGKAT

ADIB, RAHMAN, MUN'IM, antum satu rumah... wahahaha... bess gile dpt geng 1 rumah nih,. kitorang pun jumpe la ngn bpk angkat kitorang. nama dia Umar,50. ada anak dia gak, namanye Dailami a.k.a. BONG DAI,30. kitorang ckp kat pakci umar, kerja apa?? dia jawab.. JUAL BALI LEMBU.. ha??? ada ke barli lembu dalam dunia nih?? pelik gile.. kitorang pun tanya balik kat anak dia, pakcik umar kerja apa?? anak dia jawab, JUAL BELI LEMBU.. Oooo... baru ku faham.. pakcik umar nih, beli lembu, lpas tu dia jual balik lemu tu dalam bentuk daging.. n daging uh dihantar ke daerah yg ada orang islam lain kat sekitar Kampot.. lpas tu kitorang dibawa balik ke rumah kitorang.. gelapnyee la..mana rumah nih? dah jalan 5minit, bong dai cakap, ni la rumah kita...
...............................................................................................................................................................
aq speechless, bila jalan, KREUUKK... bunyik lantai dia. nak pijak, tengok dulu klu ada palang pesar selamat sikit. itu ntok orang saiz macam aq la... klu macam adib berlari pun no hal.. haha.. tapi apa yang aq respek ngan keluarga nih, tandas dia 5bintang beb.. hahah.

PENANGAN SEMANGKUK TEKK TRY

Lpas mandi, kitorang pun pandang antara satu sama lain.. ko lapar x?? aq tanya kat rahman, dia pun ckp lapar la... dengan rahmat n kurni dari allah, tetiba bong dai keluar bersama sedulang makanan. wahahaha... rezeki btol! kitorang pun, apa lagi?? bedal je la... masa bedal tu, kitorang nampak ada semangkuk kuah macam kuah asam, ada cili n beberapa komponen2 lain.. kitorang pun tanye, "Bong Dai, apebenda nih??"
dia cakap TEKK TRY. TEKK TRY??? TEKK=AIR TRY=IKAN.. air ikan?? xada ikan pon kai situ.. hahaha.. sukehati diorang la nakkasi nama apa.. apa yang penting, benda uh memang sedap gila!! tambah dengan sup, pergh!! meletop!! tapi, secara jujurnya, lepas lima hari ddk kemboja aq dh mula tertekan sebab tiap kali makan mesti ada tekk try.. n mekan benda nih banyak2 memang buat kitorang CIRIT BIRIT!!! wuuu... nasib baik tandas 5bintang..

AKUUNN JRAANN KLANG2..

InsaAllah, ana cuma akan menulis sebanyak ini je buat masa ini sebab ana memang x suka sangat dalam bidang penulisan.. hahahah... moga2 post ini dapat memberi pengajaran n perkongsian bersama2 insyaAllah, Jazakumullah..



                                       


3 comments:

  1. haha, apa la ko ni...
    tek terai lah...
    ade ke patut tekk try...
    tak releven langsung...

    ReplyDelete
  2. salam,haha
    best la,tetibe rindu lak ngan kemboja..huhu
    tekk try+tek terai=bunyik same daa.Org kemboja bkn tau pun!hak3
    Btw,nice post~

    ReplyDelete
  3. salam,penglaman yg menarik!bgs!

    ReplyDelete