Monday, January 16, 2012

HIPOKRIT!

“Dolah! Nak kemana tu?  Jangan cakap yang ko nak pegi usrah. HIPOKRIT gila ko nih, lepas usrah  jadi gila balik.. hahahaha”

Ok, ini part paling aku tak suka sejak dulu lagi.. bila nak buat benda baik je mesti ada yang tak kena..=..=”

Dan Aku jawab..

“Rilek laa… dalam seminggu mesti ada masa yang aku kena jadi HIPOKRIT. Takkan nak sentiasa jahat kot..  kadang-kadang jadi baik bagus jugak hehehehe….”

Ini adalah MASALAH yang SANGAT BESAR dekat budak-budak yang dicop sebagai BUDAK BAIK. Satu tanggapan mereka yang sangat aku benci adalah.

“Bila dah jahat, jahat je laa.. tak payah nak HIPOKRIT dan aku takkan kawan dengan ko”

Tapi… kau tak tahu yang HIPOKRIT selama dua jam dalam 168jam seminggu tu boleh buat aku jadi HIPOKRIT  SELAMA-LAMANYA tahu tak? Kalau kita nak berubah, mesti bermula dengan hipokrit.


 
Kita bangun subuhsebab member kejut, itu HIPOKRIT  
Kita puasa sunat sebab naqib suruh, itu HIPOKRIT                                                   Kita solat dhuha semata2 nak cukupkan mutabaah, itu HIPOKRIT                            Kita relakan diri untuk bawa program walaupun sibuk, itu HIPOKRIT


 
“Kerana buat benda yang kita tak nak adalah HIPOKRIT”

Dan sudah pasti, aku suka untuk jadi HIPOKRIT ini kerana aku mengikut FITRAH aku sebab manusia diutus kebumi untuk beribadah kan?... Aku nak jadikah seluruh hidup aku ini IBADAH. Bukan hanya 35 kali seminggu, 5 kali sehari dan hanya 10 minit setiap ibadah. Sedangkan baki 23 jam 10 minit itu dipenuhi dengan duniawi semata-mata. Usaha untuk mencari REDHA ALLAH itu tak pernah tamat, larian menuju ke syurga Allah tak pernah habis walaupun jarak kita hanya tinggal sejengkal dari pintu syurga. 

Sebab…

                                                                                                          (HR Bukhari dan Muslim)

P/S: Tapi, apa yang kita nampak didepan mata itu kadang-kadang bukan kebenaran walaupun dia adalah famili kita walaupun yg kita rapat. Kerana setiap manusia boleh nak jadi HIPOKRIT. Tak kisah HIPOKRIT yang baik atau tak. Kalau AWAK tahu ada dikalangan famili awak HIPOKRIT, awak mesti SEDIH sebab hati tu ALLAH yang kawal, bukannya awak sebagai tempat dia mengadu. :’(

4 comments:

  1. beristiqamahlah dalam beramal kebaikan dan menjauhi dosa,keikhlasan pasti diraih.insyaAllah:)

    ReplyDelete
  2. HIPOKRIT tu kan baik.. huhuu... tarbiyah bukan untuk si manja.. :D

    ReplyDelete
  3. subhanallah .
    dolah i see what u do !

    u so hipokrit person .
    i don understand what u story now .

    hehe - hacker -

    ReplyDelete