Sunday, January 29, 2012

Sambal Belacan Story~


Dolah: apa ni?! Kenapa kau tak goreng belacan dulu? Haduii.. buat sambal belacan pun tak reti.
Ahmad: Mana ada.. ni memang cara aku masak sambal belacanlah! Campak je semua bahan dalam blender, Lepas tu terus blend. Tak payah susah-susah nak goreng dulu. Buang masa je..
Dolah: Ahh... tengok je la nanti. Konfirm tak jadi sambal belacan kau tu. Mana boleh kalau main blend  semua benda tanpa goreng dulu. Habislah sakit perut nanti. huhhh....
Selepas siap masak..
Dolah: Haa! Kan aku dah cakap, kena goreng dulu belacan tu.. aku dah kata kau tak mahu dengar. Kan dah membazir tu namanya.
Ahmad: Kejap-kejap! Apa kata kau rasa dulu sambal belacan yang kau hina ni. Sedap ke tak?”
Selepas Dolah rasa sambal tu...
Ahmad: So, sedap ke tak sambal tu? Atau nak buang ke tong sampah je?
Dolah: Err... rasa dia bole tahan gak.. lebih kurang macam yang aku buat je.hehehe.. sorry lah, aku tak tahu pulak yang ada banyak cara nak buat sambal belacan.
Ahmad: tahu pon, lain kali kita kena ingat yang bukan satu cara sahaja untuk mencapai matlamat kita. Kalau dengan cara yang simple tak bermakna ianya tak bagus, kalau jalan kerjanya serabut juga tak bermakna ianya akan gagal.
MEMASAK ITU MACAM BERDAKWAH, BAHAN YANG SAMA TETAPI DIPELBAGAIKAN CARA MENGENDALIKANNYA TETAPI HASILNYA TETAP SAMA.
QOWIY VS COMMIT
“Ya,aku tahu.. Aku memang tak hebat bertarannum seperti dia, aku tak sehebat dia menghafal 30 juzuk Al-Quran, aku tak banyak berqiyamullail seperti dia, aku tak sehebat dia berkata-kata, aku tak secergas dia, aku tak ada ramai mutarabbi seramai dia dan aku tak genius seperti dia.”
Ahh....
Senang cerita, aku tak se’Qowiy’ dia laa... memang dia adalah seorang modal yang sangat besar dalam program ini. Dengan karisma yang ada padanya, dia memang amat dikagumi smua orang yang seprogram dengan aku.
Tapi, dia ada masalah memberikan komitmennya dengan program ini. Liqa, rehlah, daurah dan program-program umum lain amat jarang dia sertai. Adakah ini silap? *asik carik salah orang je =3=
Kalau dapat mutarabbi yang qowiy dan ada fikrah yang baik memang seronok. Dia seorang yang hebat, sumbangannya amat berguna untuk jalan dakwah dan jamaah. Tapi, kalau dia ada masalah dengan komitmen, ikatan hati itu amat susah untuk dikekal dan diperkuatkan. So, dapat mutarabbi yang asik mengelak dari ikut program memang menekan jiwa dan raga -_-“
 Macam mana dengan mutarabbi yang rajin pergi program tapi mengaji tak lancar, mutabaah tak setel-setel, duduk main game 24jam kat bilik, nak ajak qiyamullail pun liat dan yang bengong belajar?
Sebenarnya diorang adalah satu anugerah yang besar sebab setiap sang murabbi mampu melihat perubahan yang berlaku pada mereka setiap masa. Dah boleh mengaji sedap-sedap, dah mula berqiyamullail, rajin beriadhah, dah mula lengkapkan mutabaah dan dah bole score exam.
Contoh mudah...
Kalau kita ajar budak SMK (Asli) Pulau Carry amat sukar kerana diorang memang tak tahu apa-apa (mula dari kosong) tapi diorang akan belajar dari 1+1 hinggalah ke tahap yang tinggi. Jadi, perkembangan mereka lebih ketara dan mereka takmelawan kerana tiada khilaf dengan guru mereka. Tapi, kalau kita mengajar di KISAS(sejenis sekolah SBP), pelajar-pelajar disana memang well known dengan kepandaian dan kehebatan sahsiah mereka. Jadi, guru-guru akan menghadapi cabaran yang besar untuk mendidik mereka. belajar addmath tak bes je, budak komen. Silap haribulan diorang belajar sendiri. *rekaan semata-mata, No shooting.
Sebenarnya kalau dapat mutarabbi dari kedua-dua jenis manusia ini lagi bagus. Sang murabbi mampu melihat cara kedua-dua pihak ini berinteraksi, dan memberikan pandangan masing-masing. Yang penting sang murabbi pandai “memasak” para mutarabbi mereka. jangan “masak” budak qowiy macam kita “masak” budak yang kurang qowiy. Ingat, kalau kita nak ada mutarabbi yang commit, kita pu kena commit jugak Kbai.. salam...

P/S:  paham perkataan "masak" tu :D
dua resipi sambal belacan berbeza tapi masih dipanggil sambal belacan.

No comments:

Post a Comment