Wednesday, February 1, 2012

Kerana Korek Hidung

Dalam Kelas 5 Sains 2...


Dolah tengah buat latihan Add Math dengan kawannya yang bernama Ahmad.
Oleh kerana mereka berdua sangat kebosanan, tiba-tiba Dolah memasukkan pensil miliknya kedalam hidung beliau. Ahmad yang berada di sebelahnya berasa sangat terkejut dan dia pun menjerit didalam kelas...
                                                   
                                                   "Dolah korek hidung!! gelinya! hahahahhaha!!"

Jeritan Ahmad telah menarik perhatian seluruh penghuni kelas dan reaksi mereka semua hanya "biasa-biasa" sahaja. Ada beberapa pelajar perempuan yang berbunyi "Euuywww" tetapi perkara itu berlalu sebegitu sahaja kerana Dolah hanya diam tanpa sebarang rungutan. tidak sampai seminit, segalanya menjadi normal kembali. seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ahmad dan Dolah menyambung semula aktiviti mereka bersama-sama.

Berlainan pula situasi di kelas 5Sains 1...

Amirah sedang melakukan latihan Kimia bersama Siti. ketika mereka sedang leka melakukan latihan, Amirah pun memasukkan pensil kedalam hidungnya (seperti yang dilakukan Dolah). Siti yang berada disisinya pun amat terkejut dan dia pun menjerit...

                                               "Amirah korek hidung!! Gelinyaaaaa...."

Oleh kerana jeritan Siti ketika itu amat kuat, seluruh penghuni kelas mampu mendengar apa yang dikatanya.. Reaksi yang ditunjukkan oleh ahli kelas mereka tetap sama seperti ahli kelas Dolah dan Ahmad.

Cuma....
Jeritan itu telah mengundang kemarahan Amirah kerana baginya jeritan itu telah memalukan dia. selepas habis sekolah, Amirah telah memarahi Siti atas kelakuannya. Dia mendakwa bahawa Siti telah menjatuhakn air mukanya dan memalukannya didalam kelas. Sejak peristiwa itu, mereka tidak lagi berkawan baik. Lebih teruk, Amirah sanggup meng"unfriend" Siti didalam Facebooknya.

Berbeza Tafsiran 


Ye, perkara seperti ini jika didedahkan memang amat mengaibkan atau memalukan kerana ianya adalah benda yang kotor. Si kawan juga tidak sepatutnya memberi tahu kepada semua orang tentang perkara itu. Tetapi, layakkah dia dimarahi dan dituduh seperti situasi kedua? Ingatlah..
                                 
                                    "Selemah-lemah Ukhuwwah adalah Berlapang Dada"

Adakah kita yakin sesuatu perkara yang kita rasa mengaibkan diri kita akan membuatkan orang lain rasa ianya mengaibkan kita? Tak semua.. kalau semua orang berfikiran sama, habislaaa.... Tak ada perbalahan antara semua orang. Semuanya ada sama pendapat. Mungkin hanya pada mata kita sahaja benda itu nampak mengaibkan sedangkan dimata orang lain ianya tidak. Jangan lupa, kawan yang baik takkan biarkan kawannya sedih.

Habistu, Apasal Mesti Menjerit?


Cuba kalau kita jalan-jalan dekat bandar, tiba-tiba terserempak dengan Lee Min Ho. Adakah kita akan buat "dunno" je? mesti kita akan terkejut. Dan yang pasti, kita pasti akan panggil kawan-kawan kita untuk tengok Lee Min Ho tu. Itu adalah reaksi biasa bila kita jumpa perkara yang jarang berlaku ataupun mengejutkan. Sama seperti kita nampak kawan kita tengah buat sesuatu yang kelakar di Facebook, pasti kita secara automatik akan share benda tu dengan orang lain.. dengan harapan, si kawan kita akan gembira juga. Tapi, bila kita dapati kawan kita tak suka dengan apa yang kita lakukan, pasti kita sedih sangat-sangat. Walaupun dia cuma kawan biasa.

Tak, Aku Bengang Dengan Dia!


Adakah selesai dengan marah tu? dendam takkan bawa benda baik. kita akan cuba untuk jatuhkan orang tu  pulak kalau kita terus berdendam dengan dia. adakah kita lebih risaukan pandangan manusia berbanding pandangan Allah? Sampai ke tahap tu kemarahan kita dekat dia. macam kita dah kehilangan kehormatan diri. Kalaulah betul benda itu mengaibkan, adakah ianya akan diingati dan dikecam selamanya? takkan sehingga nyawa dah di tekak masih mengingatkan masalah itu. kalau awak yakin dengan Allah, pasti awak maafkan dia.

P/S: Mohon maaf kepada sesiapa yang korek hidung dan ana terjerit nama dia dimana-mana tempat. really sorry. tak tahu lak rupanya korek idung pon bole jadi isu besar T_T

2 comments: