Monday, June 4, 2012

Bapak jahat yang mandul


sangat terkesan dengan kata-kata inche Gabbana. dalam post dia yg bertajuk "ikhwah mandul" tu~

tapi memang betul, kemandulan yang dikatakan dia tu betul-betul berlaku. memang ramai ikhwah yang rajin ikut program sana sini, daurah 2 bulan sekali, pergi aktiviti masyarakat itu dan ini, bermotivasi sana sini. Tapi mereka tak melahirkan anak-anak mereka dari "bulatan-bulatan gembira" mereka. 

Dan blog post ni nak cakap pasal encik sebelah ni ------------------->
Nama dia Mun'im 
*jangan muntah ok~








dia adalah seorang daripada encik ikhwah yang dah mandul macam inche gabbana cerita. Lebih teruk, dia tak bertanggungjawab dengan anak-anak beliau ketika beliau masih subur dahulu kala. Nasib baik masih ada ikhwah yang ambil anak-anak dia jadikan anak angkat *tak tahu apa nasib anak dia sekarang ni.

ohhh... kenapa? dia rasa macam ada masalah sekarang ni. dahlah mandul, anak zaman dulu-dulu tak terurus. sekarang pulak rajin ikot program yang boleh menyuburkan kembali diri dia. Tapi tak dapat-dapat anak jugak.. T_T

Dia tak pernah nak cuba untuk menjadi ayah bulatan gembira lagi sejak meninggalkan zaman sekolah dia. Dia malas, tak nak bercakap dan taknak mencuba untuk buat anak lagi. teruuuuuukbetol!

Dan dia sedar satu benda, ada ingat dengan kata-kata ayah pertama dia berkata yang "kita ditarbiyah untuk mentarbiyah orang lain". Dia adalah anak sulung dari bulatan gembira ayah pertama dia. Tapi dia gagal! terus mandul sampai sekarang walaupun dia adalah anak bulatan gembira darjah 2 sedangkan adik beradik lama dia dah beranak pinak sekarang nih. wuwuwu...

ingatlah, ikhwah yang mandul sangat tak hebat. cakap pong pang pong pang tapi tak ada anak bulatan gembira dia tetap tak kacak. yang akhawat pon sama. awak tak cun kalau awak mandul, hahahaha...

*segala kegelian yang berlaku saya tidak akan menanggung kos perubatan anda~


2 comments:

  1. Cepat-cepatlah lahirkan anak ye Mun'im.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah dari the pencil. Moga setiap aksara menjadi saksi atas usaha kita. Lebarkan sayap DnT seluas-luasnya. Selamat menulis dan memberi!

    ReplyDelete