Monday, March 7, 2011

ORANG KEBAL YANG TAK KEBAL PUN

Ingat lagi bila main game MODERN WARFARE 2 kat PS3.. baru je abis 2 hari lpas main.. memang tak boleh dinafikan, game ni memang game paling bes pernah dimainkan dalam hidup aku.. pergh!! tembak2 orang jahat.. BENGG!! BENGG!! BOOMM!! tapi bila main game nih ntah brapa kali ntah kena bunuh ngn orang jahat.. nasib baik la ni dunia game je.. kalau dunia realiti mana boleh nyawa banyak-banyak.. klu nak macam tu, kena lah ada ilmu kebal kan?? bes betol bila ada ilmu kebal kan??

Tapi.. bila jadi orang kebal, memang lah kita boleh tahan peluru2 kecil macam mesingan ataupun pistol.. tapi, bole ke orang kebal tahan bom tangan ataupun misil??  tak berkecai ke orang nih?? mesti berkecai punye..

Pikir orang kebal badan, terpikir lak kalau orang kebal minda dan emosi pulak macam mana??? rasanya macam nak kongsi cerita je dengan korang semua..

Kita ni hidup sebagai khalifah di dunia kan?? sebagai pendakwah dan sebagainya~ kalau lah seseorang itu berasal dari keluarga yang memang beragama dan memang dia sendiri banyak ilmu dan memang berkeupayaan untuk membimbing orang, dia telah berkawan dengan sekumpulan sahabatnya yang dikira bermasalah sosial, emosi dan keagamaan.. jika dia ingin berkawan dengan kawan-kawannya untuk membimbing dan mengubah kawan-kawannya, memang lah amat murni kerja itu~ tapi, KEBAL ke orang itu untuk menahan godaaan di sekelilingnya?? kalaulah dia memang tidak berkapel, tapi kawan-kawannya di sekelilingnya berkapel, tak ke rasanya syaitan akan berbisik ke telinga manusia tu untuk berkapel gak.. KEBAL sangat ke iman orang tu?? lambat laun dia pun akan hilang KEKEBALANNYA kan?? dari dia nak bawak member-member dia berubah, tak pasal-pasal dia lak yang terjerumus ke lembah maksiat.. btol kan??? kita kena fikir, tak kira lah banyak mana pun  ilmu yang kita ada, kita tetap akan di goda gak ngn setan.. makin mabyak ilmu, makin besar setan yang goda.. btol kan?? wlupun kita hafal quran pun, mungkin syaitan akan kacau kita...

SO, the conclusion is, nak berdakwah boleh, tapi kena pakai stratergi yang betul yee~ jgn kita lak yg termakan dakyah orang2 kat luar sana.. wassalam

Tuesday, March 1, 2011

ABC RONALDO YANG SEDAP

Rasanya ni ABC ke bukan?? Macam Ice blended coklat pulak, sedap btol bila abang tu letak chocolate sauce kat atas ABC tu, harga dia lak, tak ada la mahal sangat, setakat RM3.00 tu memang cukup berbaloi jika dibandingkan dengan beli ROKOK kan?? tapi, teringat lak dekat Kedai abang Ronaldo tu, masa nak order.. kita cakap lah kat sorang abang nih, "Abang, nak ABC 2, bungkus taw.." Abang tu dengan nada konfius pun berkata... " hehehe.. abang bukan pekerja sini la adik.." dengan itu, aku telah merasa bersalah yang amat... Awek abag tu ada kat sebelah dia masa tu.. kesian dia kena gelak.. hahaha... Kalau la kita terbuat macam tapi kat PEREMPUAN.. macam mana ye?? nak kena buat BABULLIQA' ke? nak kena panggil dia MUSLIMAH ke?? hhahha...

Sebagai perkongsian, Ini ana dapat dari kakak ana yang Sulung.. bes btol dia fikir kadang2 ye~ rasanya xyah la kita nak Gelabah sangat nak panggil seseorang tu MUSLIMAT ke tak pun kena buat BABULLIQA' dengan dia semata-mata nak jaga ikhtilat.. Btol gak kan?? Kalau lah kita ni seseorang yang betul-betul dalam golongan yang faham, tak kisah la kalau pakai tudung biasa ataupun labuh mcm PARACHUTE pun, rasanya kita memang dah betol-betol faham dengan adab bercakap dengan lain JANTINA...

TAPI... bila kita bermesej dengan lain jantina pula macam mana ye??? contohnya di dalam facebook ataupun di blog sendiri... kadang-kadang kita terlepas pandang yang kita kadang-kadang bila bertexting dengan jantina lain, tak kisah la IKHWAH ataupun AKHAWAT.. sama je... kita mesti kadang-kadang tambah HAHAHAHA.. atau HEHEHEHE.... lagi pelik kalau kita tambah (^_^), =P, =), (^0^) ataupun apa-apa logo yang menunjukkan mimik wajah kita ketika itu.. kalau kita letak senyum, bila jantina lain tengok, diorang mesti bayangkan KITA TENGAH SENYUM KAN?? hu~ baru perasan.. rasanya sangat teruk bile kalau kita tengok orang laki n perempuan berbual depan-depan sambil gelak-gelak dan senyum-senyum mesti kita rasa tak suka kan?? sebenarnya kita sendiri terlepas pandang apa yang kita buat.. ANA SENDIRI pun selalu buat jugak... huh~

INSYAALLAH, ini akan mengIMPROVEKAN diri kita... sebenarnya, dalam keadaan kita sekarang ini lah yang paling kena di jaga.. bila kita sudah berada di golongan yang sudah mula sedar tentang ISLAM dan segalanya, bila kita berinteraksi antara lelaki dan perempuan, kita kadang-kadang akan berfikir.... "alah, aku nih kan orang yang faham, dia pun orang yang faham jugak, so perbincangan aku ngan dia nih tak melanggar syariat la..." YES!!! SyAITAN bersorak disitu... bila kita berfikir macam tu, kita pun dah pun menghalalkan yang haram betol tak??

INSYAALLAH, kalau kita nak berkongsi kemanisan dan kelazatan islam bersama orang diluar sana sama seperti kelazatan ABC RONALDO tu, kita kena berusaha betulkan diri kita bersama... memang semua buat silap tapi... kita tetap kena perbetulkan KAN??

ABC RONALDO berada di stesen bas berhampiran UTM SHAH ALAM dan berhampiran MACDONALD shah alam.. JANGAN singgah MACDONALD PULAK YE...

WASSALAM...

MINTA MAAF SANGAT-SANGAT KALAU ADA YANG TERASA.. BUKAN UNTUK MENYINGGUNG.. POST INI UNTUK ANA JUGA.. KItA SAMA-SAMA BETULKAN DIRI YE~

Thursday, February 24, 2011

ELEH, PAKAI TUDUNG PUN BUKANNYE BAIK SANGAT PON..

AYAT NI ADALAH AYAT YANG KADANG-KADANG DIDENGARI DARI WANITA DI LUAR SANA YANG TIDAK BERTUDUNG..

MACAM NI LAH CONTOHNYA PEREMPUAN YANG DIKATA-KATAKAN TU.. PAKAI TUDUNG TAPI PERANAGAI MACAM JEBAUK...






MACAM KAK LIMAH PULAK, DIA MEMANG TAK PAKAI TUDONG, TAPI, DIA TAK LA TERUK SANGAT MACAM POMPUAN BERTUDUNG KAT ATAS TU..



ADAKAH SITUASI MACAM INI YANG MENYEBABKAN RAMAI PEREMPUAN DI LUAR SANA TIDAK MAHU BERTUDUNG?? 


Adakah mereka yang bertudung dan menutup aurat ni TAK CUKUP BAIK ataupun mereka nih TAK IKHLAS PAKAI TUDUNG?? semua tu urusan mereka dengan ALLAH..

KEPADA PEREMPUAN YANG TIDAK BERTUDUNG!! BACA NI!!

Pernah  tak dengar ANALOGI KUIH DAN TUDUNG SAJI??
            
              Kalau kuih diletakkan didalam tudung saji, mungkin semut boleh meloloskan diri kedalam dan merosakkan kuih yang berada didalamnya, dan memang lambat laun, kui tu akan rosak sedikit demi sedikit.

             Kalau kuih yang TAK DITUTUP dengan tudung saji, rasannye, apa yang akan jadi kat kuih tu??
janga kata semut, GAJAH, DINOSAUR, CIPAN OR LEMBU pun boleh rosakkan makanan tu..


Nak ke makan makanan yag dah terdedah macam ni??











Rasanya mesti nak makan makanan yang cantik macam ni kan?? tapi, takkan nak biarkan terdedah lak?





JADI, APa yang nak disampaikan, Kalaulah perempuan yang bertudung pun boleh jadi seteruk macam kat atas tu, yang TAK BERTUDUNG lagi lah bahaya, macam-macam boleh jadi.. KENAPA berlakunya ROGOL?? pernah ke tengok perempuan pakai tudung labuh, klu ditambah dengan furdah kena ROGOL?? jarang-jarang sekali..

MAKNANYA... klu la orang jaga auratpun bole jadi teruk, YNAG X PAKAI TUDUNG lagilah berpotensi jadi lagi teruk BTOL TAK??

ANALOGI INI PUN bukan COMPATIBLE kat semua situasi, Biaselah, buka semua tempat ada DINOSAUR, samalah, BUKAN SEMUA TEMPAT ADA ORANG JAHAT.. tengok situasi, sosial dn lain-lain..

TAPI,

     WALAU APAPUN, PEREMPUAN YANG BERTUDUNG LEBIH ELOK DARI TAK BERTUDUNG...

Saturday, February 19, 2011

LELAKI ATAU PEREMPUAN, TAK ADA MANA-MANA PIHAK YANG TAK BERGUNA

ALAH, SEMUA LELAKI MEMANG MACAM TU, MEMANG X BERGUNA!!

Kata-kata nih memang banyak dilafazkan oleh perempuan-perempuan di luar sana..

TAPI...                                                                
            Betul ke apa yang dikatakan oleh perempuan-perempuan nih??

DALAM MASALAH NI, ANA DAH BANYAK SANGAT PENGALAMAN SEPANJANG MEMERHATI DAN MELAYAN KERENAH PEREMPUAN-PEREMPUAN KAT LUAR SANA DAN ANA SENDIRI ADA KAKAK..


Sebenarnye perempuan ni tidak dilahirkan dari perut ibu dengan perasaan MEMBENCI KAUM ADAM.. Begitu juga dengan kaum adam. mereka tidak dilahikan dengan perasaan MEMBENCI KAUM HAWA. Takkan lah bayi itu dapat dilahirkan kalau perasaan benci-membenci terhadap jantina berbeza berlaku.. semuanya berlaku dalam proses yang sentiasa disulam dengan kasih sayang.. seorang ibu melahirkan anak tidak kira lelaki atau perempuan. kaulah semua ibu tu benci kat lelaki, takkan berkembang bilangan manusia dari zaman NABI ADAM kalau lah Nabi Adam dan Hawa membenci antara jantina Betul tak?? Masalah ini tidak sepatutnya berlaku tapi, Benda ni banyak sangat berlaku dan apa yang menyedihkan, benda ni paling banyak berlaku di SEKOLAH AGAMA.

Firstly minta maaf banyak-banyak kepada wanita-wanita yang baca blog ini. Apa yang kita tahu, tak kita laki atau perempuan, kita sangat MEMPERCAYAI KAWAN KITA KAN? bagi golongan hawa, memang bagus kalau ramai kawan yang boleh dipercayai dan mempercayai. tapi, KADANG-KADANG MEREKA MEMPUNYAI SIFAT YANG MEMBENCI LELAKI. sampaikan berlakunya HUBUNGAN SONGSANG. Astaghfirullah.. Tapi, ini pun terjadi di kalangan lelaki dan ini memang berlaku di SEKOLAH AGAMA.. dan sekolah ana pun berlaku benda ini.

Bagi perempuan, ana dapat melihat perkara ini berlaku sememangnya jelas terhadap mereka yang pernah PUTUS CINTA.. Dan sememang nya kalau orang putus cinta semestinya disebabkan bergaduh kan?? kalaulah pasangan suami isteri yang bahagia dan memahami satu sama lain, mereka takkan bercerai kan? jadi, bagi remaja yang putus cinta, sememangnya mereka telah bergaduh dan ber COUPLE itu memang HARAM dalam ISLAM.. Jadi, selepas putus cinta, si perempuan ini mestilah mempunyai PERASAAN MARAH dan SEDIH. MUNGKIN MALU jika dia dimalukan oleh teman lelakinya didepan khalayak ramai.. Mnemang SIFAT WANITA ditakdirkan EMOSIONAL, LEMAHLEMBUT dan lain-lain. jadi, pengalaman ini mestilah akan tersimpan dan terpahat di fikiran dan sanubari mereka.

SIfat perempuan memang suka berkongsi. apabila seseorang perempuan itu putus cinta, dia pasti akan menceritakan segalanya pada kawan-kawannya tentang LELAKI KEPARAT itu.. Dalam mencerita kembali tentang teman lelaki dia, pastinya ia keluar bersama-sama dengan persaan marah. pada masa itu lah SYAITAN akan mencucuk jarum-jarumnya pada peremuan-perempuan ini, dan hasilnya, mungkin mereka akan berbincang tentang KEBURUKAN LELAKI Pada masa itulah bermulanya perasaan membenci kaum lain jantina.. jadi, dari hanya seorang yang membenci, dia telah menceritakan kepada kawan-kawannya yang akan menjadikan kawan-kawannya juga MEMBENCI LELAKI.

PERSOALANNYA...

                                 ADAKAH SEMUA LELAKI TIDAK BERGUNA?? ana SANGKAL Statement tu dengan PASTI!! ramai perempuan cakap, LELAKI TAK GUNE!! kalau korang cakap macam tu, korang TAK SAYANG AYAH, DATUK, ABANG, DAN PAKCIK KORANG lah.. iya lah, SEMUA TU LELAKI JUGAKKAN?? jangan nak cakap atas emosi je.. ANA FAHAM WANITA NI MEMANG EMOSI, tapi, KORANG TETAP KENA KAWAL JUGAKKAN EMOSI TU?? JANGAN LUPA, LELAKI MESTI DIATAS WANITA, DAN LELAKI JUGA JANGAN LUPA YANG WANITA SENTASA MENJADI PENYOKONG MEREKA. KENA MASING-MASING FAHAM.

BILA LELAKI BERGADUH DENGAN PEREMPUAN ATAU GADUH DENGAN SESAMA JANTINA

INI BOLEH JADI KESALAHAN DUA-DUA PIHAK, Kalau kita gaduh sekali, MUNGKIN SALAH PADA ORANG LAIN. TAPI... kalau asik GADUH JE, TENGOK pada DIRI kita.. mungkin ada masalah pada diri kita..

PAPEPUN, SORI BANYAK2 ATAS APA-APA YANG ANA TULIS DISINI, BUKA NAK MENGAIBKAN MANA-MANA PIHAK TAPI SEBAGAI PERKONGSIAN BERSAMA INSAYAALLAH...



 

Wednesday, February 16, 2011

LELAKI NIH..

SESUATU YANG TAK BOLEH DISANGKAL OLEH JEJAKA-JEJAKA DI LUAR SANA..

Bila korang semua lepak2 ataupun jalan2 dengan kawan2 laki, xkisah la diorang budak SMKA ke, SBP ke, sekolah MUSLEH ke mahupun MRSM pun, korang memang xkan terlepas dari melakukan dosa2 yang lazim iaitu.. MENCARUT! memang xleh dinafikan, ana pun memang selalu tersasul tapi kadang2 kita x mau ayat uh keluar tapi dia sendiri keluar.. 


TAPI...
      
Bila depan perempuan lak, lelaki nih akan berubah.. TAK ADA MENCARUT LANGSUNG! tapi ber gantung dekat jenis perempuan tu la..

1) Perempuan yang dia x suka n x benci (geng)
                                                                       ~Laki nih akan jadi pelawak. n suke berkong si cerita.. bagi pembaca perempuan, kalau ada laki yang care terhadap ko n selalu borak2 ngan korang, laki uh x suke n x benci korang.. tapi DIORANG JUST NAK BERKAWAN NGAN KORANG.. baguslah.. kiranya korang nih BOLEH DIBAWAK BERKAWAN..

2) Perempuan yang laki uh benci
                                                 ~Klu laki uh benci kat perempuan uh, ini bagi lelaki yang x ganas n kasar la... laki uh akan buat muka kat depan perempuan uh.. n klu diorang berbicara, LAKI XKAN LARI DARI PEREMPUAN TU KALAU DIORANG BERBINCANG OR BERBICARA, sebab dia mungkin akan cuba bidas perempuan uh, n kalau laki uh LAKI BRENGSEK, memang kesian perempuan uh, mybe kena MAKI or paling kesian, kena tibai sekai...

3) Perempuan yang laki uh suka.
                                                ~Dengan secara automatiknya, lelai nih akan menjadi USTAZ yang baik tuturkatanya, tundukkan pandangan, HUH~ memang baik gila lah.. n laki nih akan jadi sangat x banyak cakap.. bila permpuan uh cakap sepatah, dia jawab sepatah.. n memang biasa, laki uh akan jadi gelisah...

rasanya, syeikh muszaphar nih mencarut x bila lepak ngan kawan2 dia??

Bila kat depan adik2 kecil pulak, xkira lah lelaki ataupun perempuan, kenalah berbudibahasa.. ini miqdad bersama2 adik2 KEMBOJA.



Friday, February 11, 2011

HAKIKAT HARI JADI YANG SEBENAR

Post ini ana buat sebab hari ini, 12februari, adalah hari jadi kawan ana, Muhammad Izzat Najmuddin B. Ismail. Selamat Hari Jadi Izzat! semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki..

inilah izzat seorang ketua PRS yang KACHAK!! haha



Bila dah sambut hari jadi ni kan.. ana terpikir pulak.. selalunya klu seseorang yang sambut hari jadi dia akan minta hadiah dari parents dia kan?? Ayah ana ada cakap sepatutnya anak lah yang kena bagi kat parents dia.. espacially mak dia.. kenapa pulak ye?? Rupanya bila difikirkan balik memang btol apa yang ayah ana cakap.. hari jadi ini sepatutnya anak kena memberi hadiah kat ibu kerana atas penat lelah ibu yang bersalin pada tarikh keramat tu... tapi... anak2 kadang2 sampai tua bangka pun masih nak minta hadiah dari mak.. tak faham betollah diorang nih.. INSYAALLAH, dengan post ini ana dapat membuka minda antum2 yang membaca post ini.. INGAT!! HARI JADI ANTUM SEPATUTNYA DISAMBUT UNTUK IBU ANTUM, BUKAN DIRI ANTUM..

SEKIAN.. ASSALAMUALAIKUM..

IKTIBAR DARI SEHELAI TUDUNG GADIS KEMBOJA

MACAM MANA PULAK TUDUNG BOLEH KASI IKTIBAR NI??


memang pelik wa ajaib kan?? tapi x ada yang mustahil di dunia ini..

Sebelum aku masuk kat rumah famili angkat kat kampung Keh, ada satu benda yang aku risau sangat.. iaitu pakcik umar ada anakn pompuan dan isteri kan?? risau lak klu2 aku masuk diorang tengah x pakai tudong.. bila dipikirkan.. ala... diorang nih orang kemboja.. pndidikan x cukup.. orang malaysia pun pakai tudong macam biskut.. kejap ada kejap x ada.. macam main game pulak.. ish3....

Tapi... bila aq masuk kat rumah tu.... WHAT???!! famili dyorang pakai tudong dalam rumah??? ingatkan mentaliti diorang macam orang melayu.. PAKAI TUDUNG MASA KELUAR RUMAH JE.. aq ingatkan dyorang pakai kejap2 je.. rupanya sampai hari last, aq x pernah nampak walau sehelai rambut SAFIA, SAFINA dan makcik AISHAH..

Alhamdulillah.. bertapa berpegangnya mereka dengan ajaran islam walaupun kebanyakan perempuan kat sana x sekolah.. teringat pulak cerita tentang SUMAYYAH.. dia sanggup dibunuh walupun masa itu, umat islam masih belum disyariatkan untuk sembahyang, puasa, zakat, dan haji.. dengan hanya berpegang dengan kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH, mereka sanggup berjuang mempertahankan iman dia..

Rasanya, klu kita ni walaupun dah ikut usrah berapa lama pun ataupun berasal dari keluarga yang memang sudah banyak ilmu tentang islam, KALAU KITA BERADA DI ZAMAN SUMAYYAH, SANGGUPKAH KITA MEMPERTAHANKAN IMAN KITA??

ANTUM FIKIRKAN LAH YE.....

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH...