Sunday, January 29, 2012

Sambal Belacan Story~


Dolah: apa ni?! Kenapa kau tak goreng belacan dulu? Haduii.. buat sambal belacan pun tak reti.
Ahmad: Mana ada.. ni memang cara aku masak sambal belacanlah! Campak je semua bahan dalam blender, Lepas tu terus blend. Tak payah susah-susah nak goreng dulu. Buang masa je..
Dolah: Ahh... tengok je la nanti. Konfirm tak jadi sambal belacan kau tu. Mana boleh kalau main blend  semua benda tanpa goreng dulu. Habislah sakit perut nanti. huhhh....
Selepas siap masak..
Dolah: Haa! Kan aku dah cakap, kena goreng dulu belacan tu.. aku dah kata kau tak mahu dengar. Kan dah membazir tu namanya.
Ahmad: Kejap-kejap! Apa kata kau rasa dulu sambal belacan yang kau hina ni. Sedap ke tak?”
Selepas Dolah rasa sambal tu...
Ahmad: So, sedap ke tak sambal tu? Atau nak buang ke tong sampah je?
Dolah: Err... rasa dia bole tahan gak.. lebih kurang macam yang aku buat je.hehehe.. sorry lah, aku tak tahu pulak yang ada banyak cara nak buat sambal belacan.
Ahmad: tahu pon, lain kali kita kena ingat yang bukan satu cara sahaja untuk mencapai matlamat kita. Kalau dengan cara yang simple tak bermakna ianya tak bagus, kalau jalan kerjanya serabut juga tak bermakna ianya akan gagal.
MEMASAK ITU MACAM BERDAKWAH, BAHAN YANG SAMA TETAPI DIPELBAGAIKAN CARA MENGENDALIKANNYA TETAPI HASILNYA TETAP SAMA.
QOWIY VS COMMIT
“Ya,aku tahu.. Aku memang tak hebat bertarannum seperti dia, aku tak sehebat dia menghafal 30 juzuk Al-Quran, aku tak banyak berqiyamullail seperti dia, aku tak sehebat dia berkata-kata, aku tak secergas dia, aku tak ada ramai mutarabbi seramai dia dan aku tak genius seperti dia.”
Ahh....
Senang cerita, aku tak se’Qowiy’ dia laa... memang dia adalah seorang modal yang sangat besar dalam program ini. Dengan karisma yang ada padanya, dia memang amat dikagumi smua orang yang seprogram dengan aku.
Tapi, dia ada masalah memberikan komitmennya dengan program ini. Liqa, rehlah, daurah dan program-program umum lain amat jarang dia sertai. Adakah ini silap? *asik carik salah orang je =3=
Kalau dapat mutarabbi yang qowiy dan ada fikrah yang baik memang seronok. Dia seorang yang hebat, sumbangannya amat berguna untuk jalan dakwah dan jamaah. Tapi, kalau dia ada masalah dengan komitmen, ikatan hati itu amat susah untuk dikekal dan diperkuatkan. So, dapat mutarabbi yang asik mengelak dari ikut program memang menekan jiwa dan raga -_-“
 Macam mana dengan mutarabbi yang rajin pergi program tapi mengaji tak lancar, mutabaah tak setel-setel, duduk main game 24jam kat bilik, nak ajak qiyamullail pun liat dan yang bengong belajar?
Sebenarnya diorang adalah satu anugerah yang besar sebab setiap sang murabbi mampu melihat perubahan yang berlaku pada mereka setiap masa. Dah boleh mengaji sedap-sedap, dah mula berqiyamullail, rajin beriadhah, dah mula lengkapkan mutabaah dan dah bole score exam.
Contoh mudah...
Kalau kita ajar budak SMK (Asli) Pulau Carry amat sukar kerana diorang memang tak tahu apa-apa (mula dari kosong) tapi diorang akan belajar dari 1+1 hinggalah ke tahap yang tinggi. Jadi, perkembangan mereka lebih ketara dan mereka takmelawan kerana tiada khilaf dengan guru mereka. Tapi, kalau kita mengajar di KISAS(sejenis sekolah SBP), pelajar-pelajar disana memang well known dengan kepandaian dan kehebatan sahsiah mereka. Jadi, guru-guru akan menghadapi cabaran yang besar untuk mendidik mereka. belajar addmath tak bes je, budak komen. Silap haribulan diorang belajar sendiri. *rekaan semata-mata, No shooting.
Sebenarnya kalau dapat mutarabbi dari kedua-dua jenis manusia ini lagi bagus. Sang murabbi mampu melihat cara kedua-dua pihak ini berinteraksi, dan memberikan pandangan masing-masing. Yang penting sang murabbi pandai “memasak” para mutarabbi mereka. jangan “masak” budak qowiy macam kita “masak” budak yang kurang qowiy. Ingat, kalau kita nak ada mutarabbi yang commit, kita pu kena commit jugak Kbai.. salam...

P/S:  paham perkataan "masak" tu :D
dua resipi sambal belacan berbeza tapi masih dipanggil sambal belacan.

Monday, January 16, 2012

HIPOKRIT!

“Dolah! Nak kemana tu?  Jangan cakap yang ko nak pegi usrah. HIPOKRIT gila ko nih, lepas usrah  jadi gila balik.. hahahaha”

Ok, ini part paling aku tak suka sejak dulu lagi.. bila nak buat benda baik je mesti ada yang tak kena..=..=”

Dan Aku jawab..

“Rilek laa… dalam seminggu mesti ada masa yang aku kena jadi HIPOKRIT. Takkan nak sentiasa jahat kot..  kadang-kadang jadi baik bagus jugak hehehehe….”

Ini adalah MASALAH yang SANGAT BESAR dekat budak-budak yang dicop sebagai BUDAK BAIK. Satu tanggapan mereka yang sangat aku benci adalah.

“Bila dah jahat, jahat je laa.. tak payah nak HIPOKRIT dan aku takkan kawan dengan ko”

Tapi… kau tak tahu yang HIPOKRIT selama dua jam dalam 168jam seminggu tu boleh buat aku jadi HIPOKRIT  SELAMA-LAMANYA tahu tak? Kalau kita nak berubah, mesti bermula dengan hipokrit.


 
Kita bangun subuhsebab member kejut, itu HIPOKRIT  
Kita puasa sunat sebab naqib suruh, itu HIPOKRIT                                                   Kita solat dhuha semata2 nak cukupkan mutabaah, itu HIPOKRIT                            Kita relakan diri untuk bawa program walaupun sibuk, itu HIPOKRIT


 
“Kerana buat benda yang kita tak nak adalah HIPOKRIT”

Dan sudah pasti, aku suka untuk jadi HIPOKRIT ini kerana aku mengikut FITRAH aku sebab manusia diutus kebumi untuk beribadah kan?... Aku nak jadikah seluruh hidup aku ini IBADAH. Bukan hanya 35 kali seminggu, 5 kali sehari dan hanya 10 minit setiap ibadah. Sedangkan baki 23 jam 10 minit itu dipenuhi dengan duniawi semata-mata. Usaha untuk mencari REDHA ALLAH itu tak pernah tamat, larian menuju ke syurga Allah tak pernah habis walaupun jarak kita hanya tinggal sejengkal dari pintu syurga. 

Sebab…

                                                                                                          (HR Bukhari dan Muslim)

P/S: Tapi, apa yang kita nampak didepan mata itu kadang-kadang bukan kebenaran walaupun dia adalah famili kita walaupun yg kita rapat. Kerana setiap manusia boleh nak jadi HIPOKRIT. Tak kisah HIPOKRIT yang baik atau tak. Kalau AWAK tahu ada dikalangan famili awak HIPOKRIT, awak mesti SEDIH sebab hati tu ALLAH yang kawal, bukannya awak sebagai tempat dia mengadu. :’(

Saturday, January 7, 2012

ORANG LAIN MAKAN CILI, KITA YANG TERASA PEDAS

Hok aloh.. boleh lak gitu jadinya... =..="

Yesss... tapi kali ni mmg rasa PEDAS sangat2 (sakit nih)...


Teringat zaman kecik2 dulu, selalu cakap dengan Umi...

                               7-12thn: "Umi, Nak abang! boring la main game ngan ocen, asik menang je.."
  
Bila masuk sekolah Menengah pulak: "Umi, Nak adik! jeles tengok orang lain ada adik comel2..


Oh! Mudahnya bekata-kata seperti itu... Bukan mudah untuk ada adik atau abang...

                                                   TERUTAMANYA ADIK....


Masa temankan Ocen n Ayah pegi amik result PMR Ocen kat Hira'.. huh... cantiknye la result dia...*snanye huduh.. Opsss...


Masa tu, ko nampak sedih sangat.. (siyesly xpernah nmpk ko sesedih tu)


TAPI..
On the way balik dari Jeram, teringat pulak satu blog yg pernah aku baca... yang buat aku lebih SEDIH dari ko..

ISI DIA LEBIH KURANG MACAM NI..

"Dulu kita x boleh pon nk makan jajan, megi, air gas n lain2.. kalau dapat makan pon cume sorok2.. Nak tengok TV pon yg selektif je.. Tapi, bila zaman adik kita pulak kalau nak makan jajan, sesuka hati diorang je nak melantak banyak2, tengok cerita kat tv sesuka hati n lain2.. Haihh... xaci btol "


Dan berikutnya didalam Blog itu...

"Kenapa dulu kita xboleh buat macam tu masa kecik2 tapi adik2 kita boleh?? Abah si penulis pun jawab.. Dulu boleh la fokus kat anak-anak. Tak ramai. Sekarang, macam-macam kena fikir:-rumah, kereta, office, sekolah. Bukan abah tak boleh, abah tak sempat. Penat jugak kerja. Sebab tu la, abah bagi full responsibility dekat Kakak dan abang."



ITULAH DIA!!

Ketika tu, Aku baru perasan sesuatu.. 
                                           ADAKAH AKU GAGAL MENJADI SEORANG ABANG YANG BAIK?

Gagal menjaga adik yg cuma seorang agar dia berjaya??  menjaga adik supaya jadi lebih Berdikari??


SERIOUSLY...


Sampai sekarang Ocen x boleh memasak dengan baik macam abangnya, Xboleh mengaji selancar Kak Ema, Dan Xboleh belajar secepat Kak Jarah.. (nasib baik adik beradik kita ada empat je)

Mungkin sebab kurang prihatin kami kat Kau menyebabkan ko nampak much lower than us.. memang kesian bila tengok ko terus jatuh macam tu.. (bab melukis aku kalah eaa..)

SEKARANG..


Bila kau dah duduk rumah, tak duduk asrama lagi, mungkin umi boleh lebih prihatin dekat ko lebih sikit ketika ketiadaan kitorang bertiga kat umah.. ingat.. ADDMATH  bukan mudah.. PINSIP AKAUN bukan ringkas.. Hidup Ko baru je bemula..


                                  Tolong umi kat dapur biar ko jadi lbih hebat dari aku,
                                  Temankan Ayah mengaji hari-hari biar ko bole hafal banyak surah pilihan
                                  Tekunkan belajar biar "Fly" lebih jauh dari Jarah.






Terima Kasih kepada blog yang berkenaan kerana mengekalkan ke"steady"an dan ke"ready"an blog Ini.. semoga terus maju jaya.. Jzkk. *kerana hidupmu begitu berharga*






Seriously, we almost never motivate each others... lot of fights, kicks, scratch, and punches between us.. we are just like friends.. but, we are happy with this.. hope we can do better next time as a REAL FAMILY.. INSYAALLAH... *sad... :'(








Friday, January 6, 2012

AKU LEMAH TANPA KAMU

Setiap langkah dalam kampus CFS IIUM diiringi satu mindset.. 

"LAYAKKAH AKU DISINI?" 

Memang betul, Allah dah takdirkan aku disini dengan takdirku, bukan kerana result SPM yang selayaknya dibuang ke tong sampah. 

"Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia."
                                                                                                                        (HR Bukhari & Muslim)

         rezeki dan peluang tu tak pernah lari dari genggaman aku, xpernah terlepas macam tu je. tapi... 
                              
  BATU BATU YANG BERAT TAKKAN MAMPU DIANGKAT DENGAN KUDERAT                INI,YA ALLAH!
                                                                                                   (sekadar hiasan)

Apa yang selalu bermain dalam fikiran ketika itu cuma.... AKU NI BUDAK SASTERA, BUKAN SAINS

Dan Hasilnya... memang terbukti aku bukan budak sains. (terpaksa repeat sem1) Xpayah cakap berapa pointer... =..="

Dalam tekanan ini, pasti ALLAH yang aq pergi. selain tu, kawan-kawan lah yang jadi pengubat dan motivator untuk aku selama ni.. thanx tu SHAHRUL sbab sangat membantu aku masa tu. :)

"Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya, (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka." (Al Qur'an, 96:15-16)

                                                                      Terasa dipukul oleh kedua-dua ayat ini -,-

                                                                       KITA ADALAH APA YG KITA PIKIR


Terfikir sejenak, ALLAH X cipta otak manusia dengan 2 kategori Itu, (SAINS @ SASTERA)
            Tapi.. MANUSIA ITU SENDIRI samada mahu BERFIKIR atau MALAS





TERFIKIR SESUATU.....



MUNGKIN JUGA...

AKU jauh dari ALLAH sepanjang sem lepas?? mungkin hubungan silang jantina (IKHTILAT) Sangat terjaga. tetapi, bagaimana dengan ALLAH?? 

MASA SEM LEPAS.......

                                                  KEMANA USRAHKU??
                                                  KEMANA SOLAT JAMAAHKU??
                                                  KEMANA TADARUSKU??
                                                  KEMANA MUTABAAHKU??                       

Semakin JAUH dari ALLAH, Aku yang lari dari ALLAH. Memang banyak dugaan n cabaran yang melanda diriku ketika itu, mungkin sibuk dengan hal dunia yang amat menyeronokkan... Biasalah, dekat KL

Alhamdulillah, cuti 3 bulan ini insyaAllah akan memberikan nafas baru, walaupun otak ini sudah slow, tapi insyaAllah azam itu sentiasa diiring oleh ALLAH..

Mengejar si DIA mesti diiringi redha ALLAH.. Kerana akanku bawa dia bersama menuju syurga ALLAH disana nanti...

                            PRESTASI & KECEPATAN
                                                                                                                              (teori dr. Syed Ahmad Safwan)



                                               SEMOGA DIPERMUDAHKAN JALAN KELUARKU, AMINNN...






                                                                                                                            

Thursday, July 14, 2011

BERKHIRNYA PENANTIAN YANG MEGERIKAN

Apa yang ngeri?? apa penantiannya?? nk tunggu blog ni diupdate??? hahaha... xadalah.. penantian yg mengerikan tu adalah PENANTIAN NAK MASUK IPT. bukan sebab xsabar, tapi sebab keputusan SPM yang sangat mengejutkan.

CERITANYA GINI...

                       UPSR: seminggu sblum periksa, bole main2 lagi, bole xbelaja... tyme UPSR baru nak blaja.. ingatkan dapat teruk, tapi Alhamdulillah dapat 4a1b.. ok la bagi orang yg x belajar..

                       PMR: macam xada beza pun dengan UPSR. main game, tido, makan, main n lain2.. xpernah terpikir nak belaja pun. tapi bile tengok slip PMR, WOW!!! 8A lah.. macam xpercaya je...

TAPI...  
                        
                       SPM: belajar macam orang gila, tidur pkl 3pagi, kopi melambak jadi bekalan sebab nak belajar bersungguh-sungguh... tapi.. dapat apa???    

                                                               1A+ 2A- 2B+ 5C+ 1D

rasa macam nak bunuh diri time tu... rasa macam dunia gelap selamanya.. hahahaha.....

Masa paling takbes bile check MATRIKULASI N UPU..... dua-dua cakap, MAAF, ANDA TIDAK BERJAYA MENDUDUKI MANA-MANA PROGRAM.

YA Allah.. apa dah jadi nih?? rasa macam terhina sangat.. lagi-lagi bila masa tu kerja kat tmpat budak-budak baru lpas SPM jugak, ada yang dapat UIA, dapat MARA punye scholar, ada gak yang dapat UM.. rasa randah diri gile masa tu. masa tu, cume bergantung dekat rayuan UPU n Matrikulasi je.

INGATKAN DENGAN USAHA YANG DAH BUAT NI DAH MENCUKUPI. TERNYATA TAK..
ALLAH ADA PLAN YANG LAGI BES DAN MENCABAR..

Masa berlalu, kawan-kawan berhenti kerja sebab nak sambung belajar. diri ini jugak yang keseorangan.. dalam hati cume boleh doa dan berkata.. YA ALLAH, APA YANG TELAH ENGKAU TAKDIRKAN PADAKU??

teringat dekat STOPPER a.k.a Akmal Hakim.. dia kata... SABAR ITU INDAH.. dengan itu jugak, terbaca solusi keluaran ke 31, tajuk sabar itu indah.. terubat jugak hati ni..


Satu hari, Umi call.. "abang, ada surat UMK sampai rumah, nak pergi tak??"

Apakebenda universiti macam tu?? xpernah dengar pun nama tu, hm.. pergi je lah.. yg penting belajar... Oh, kat sana memang banyak pengalaman dikutip, diangkut dan dikorek... memang berguna sampai mati.. 

Bila dah 3 minggu kat UMK, umi call lagi, dia kata dapat UIA.. OH!! rasa macam nak bunuh semua orang.. gembira sangat masa tu... PLAN ALLAH MEMANG GEMPAK. apa yang berlaku kita xleh agak.. memang luar jangkaan. bila melihat ada kawan-kawan yang ada result SPM lagi bagus dari diri kita, tapi terpaksa ke program diploma dan Matrikulasi yang sangat mencabar, rasa diri ini sangat beruntung.





sebenarnya, kalau ditengokkan balik, aku dapat lagi banyak tawaran kalau dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain...

 1) UniKL - Dip. Farmasi      2) UniKL - Dip. Chemical engineering      3) MUST - Sains hayat

 4) Matrikulasi Melaka (rayuan)    5) UMK - Keusahawanan sains      6) UIA - Sains hayat.

THE CONCLUSSION....

Sebenarnya keputusan SPM bukan sebab utama kita masuk ke IPT. tapi ALLAH yang menentukannya. SEKARANG, dah tak boleh toleh kebelakang lagi.. kena mulakan hidup baru. teringat ada ustaz kat UMK cakap...

  "KALAU BELAJAR, MULA DENGAN BODOH, TAPI JANGAN HABIS BELAJAR JADI  BONGOK"

InsyaAllah... thats all for now... ( sbenarnya tgh demam ni, tetibe terfikir nak update pulak blog)

HM... ABDULLAH MUN'IM... "HAMBA ALLAH YANG MENDAPAT NIKMAT". NAMA YANG SANGAT TEPAT DIBERI OLEH UMI N AYAH. =P

Monday, March 7, 2011

ORANG KEBAL YANG TAK KEBAL PUN

Ingat lagi bila main game MODERN WARFARE 2 kat PS3.. baru je abis 2 hari lpas main.. memang tak boleh dinafikan, game ni memang game paling bes pernah dimainkan dalam hidup aku.. pergh!! tembak2 orang jahat.. BENGG!! BENGG!! BOOMM!! tapi bila main game nih ntah brapa kali ntah kena bunuh ngn orang jahat.. nasib baik la ni dunia game je.. kalau dunia realiti mana boleh nyawa banyak-banyak.. klu nak macam tu, kena lah ada ilmu kebal kan?? bes betol bila ada ilmu kebal kan??

Tapi.. bila jadi orang kebal, memang lah kita boleh tahan peluru2 kecil macam mesingan ataupun pistol.. tapi, bole ke orang kebal tahan bom tangan ataupun misil??  tak berkecai ke orang nih?? mesti berkecai punye..

Pikir orang kebal badan, terpikir lak kalau orang kebal minda dan emosi pulak macam mana??? rasanya macam nak kongsi cerita je dengan korang semua..

Kita ni hidup sebagai khalifah di dunia kan?? sebagai pendakwah dan sebagainya~ kalau lah seseorang itu berasal dari keluarga yang memang beragama dan memang dia sendiri banyak ilmu dan memang berkeupayaan untuk membimbing orang, dia telah berkawan dengan sekumpulan sahabatnya yang dikira bermasalah sosial, emosi dan keagamaan.. jika dia ingin berkawan dengan kawan-kawannya untuk membimbing dan mengubah kawan-kawannya, memang lah amat murni kerja itu~ tapi, KEBAL ke orang itu untuk menahan godaaan di sekelilingnya?? kalaulah dia memang tidak berkapel, tapi kawan-kawannya di sekelilingnya berkapel, tak ke rasanya syaitan akan berbisik ke telinga manusia tu untuk berkapel gak.. KEBAL sangat ke iman orang tu?? lambat laun dia pun akan hilang KEKEBALANNYA kan?? dari dia nak bawak member-member dia berubah, tak pasal-pasal dia lak yang terjerumus ke lembah maksiat.. btol kan??? kita kena fikir, tak kira lah banyak mana pun  ilmu yang kita ada, kita tetap akan di goda gak ngn setan.. makin mabyak ilmu, makin besar setan yang goda.. btol kan?? wlupun kita hafal quran pun, mungkin syaitan akan kacau kita...

SO, the conclusion is, nak berdakwah boleh, tapi kena pakai stratergi yang betul yee~ jgn kita lak yg termakan dakyah orang2 kat luar sana.. wassalam

Tuesday, March 1, 2011

ABC RONALDO YANG SEDAP

Rasanya ni ABC ke bukan?? Macam Ice blended coklat pulak, sedap btol bila abang tu letak chocolate sauce kat atas ABC tu, harga dia lak, tak ada la mahal sangat, setakat RM3.00 tu memang cukup berbaloi jika dibandingkan dengan beli ROKOK kan?? tapi, teringat lak dekat Kedai abang Ronaldo tu, masa nak order.. kita cakap lah kat sorang abang nih, "Abang, nak ABC 2, bungkus taw.." Abang tu dengan nada konfius pun berkata... " hehehe.. abang bukan pekerja sini la adik.." dengan itu, aku telah merasa bersalah yang amat... Awek abag tu ada kat sebelah dia masa tu.. kesian dia kena gelak.. hahaha... Kalau la kita terbuat macam tapi kat PEREMPUAN.. macam mana ye?? nak kena buat BABULLIQA' ke? nak kena panggil dia MUSLIMAH ke?? hhahha...

Sebagai perkongsian, Ini ana dapat dari kakak ana yang Sulung.. bes btol dia fikir kadang2 ye~ rasanya xyah la kita nak Gelabah sangat nak panggil seseorang tu MUSLIMAT ke tak pun kena buat BABULLIQA' dengan dia semata-mata nak jaga ikhtilat.. Btol gak kan?? Kalau lah kita ni seseorang yang betul-betul dalam golongan yang faham, tak kisah la kalau pakai tudung biasa ataupun labuh mcm PARACHUTE pun, rasanya kita memang dah betol-betol faham dengan adab bercakap dengan lain JANTINA...

TAPI... bila kita bermesej dengan lain jantina pula macam mana ye??? contohnya di dalam facebook ataupun di blog sendiri... kadang-kadang kita terlepas pandang yang kita kadang-kadang bila bertexting dengan jantina lain, tak kisah la IKHWAH ataupun AKHAWAT.. sama je... kita mesti kadang-kadang tambah HAHAHAHA.. atau HEHEHEHE.... lagi pelik kalau kita tambah (^_^), =P, =), (^0^) ataupun apa-apa logo yang menunjukkan mimik wajah kita ketika itu.. kalau kita letak senyum, bila jantina lain tengok, diorang mesti bayangkan KITA TENGAH SENYUM KAN?? hu~ baru perasan.. rasanya sangat teruk bile kalau kita tengok orang laki n perempuan berbual depan-depan sambil gelak-gelak dan senyum-senyum mesti kita rasa tak suka kan?? sebenarnya kita sendiri terlepas pandang apa yang kita buat.. ANA SENDIRI pun selalu buat jugak... huh~

INSYAALLAH, ini akan mengIMPROVEKAN diri kita... sebenarnya, dalam keadaan kita sekarang ini lah yang paling kena di jaga.. bila kita sudah berada di golongan yang sudah mula sedar tentang ISLAM dan segalanya, bila kita berinteraksi antara lelaki dan perempuan, kita kadang-kadang akan berfikir.... "alah, aku nih kan orang yang faham, dia pun orang yang faham jugak, so perbincangan aku ngan dia nih tak melanggar syariat la..." YES!!! SyAITAN bersorak disitu... bila kita berfikir macam tu, kita pun dah pun menghalalkan yang haram betol tak??

INSYAALLAH, kalau kita nak berkongsi kemanisan dan kelazatan islam bersama orang diluar sana sama seperti kelazatan ABC RONALDO tu, kita kena berusaha betulkan diri kita bersama... memang semua buat silap tapi... kita tetap kena perbetulkan KAN??

ABC RONALDO berada di stesen bas berhampiran UTM SHAH ALAM dan berhampiran MACDONALD shah alam.. JANGAN singgah MACDONALD PULAK YE...

WASSALAM...

MINTA MAAF SANGAT-SANGAT KALAU ADA YANG TERASA.. BUKAN UNTUK MENYINGGUNG.. POST INI UNTUK ANA JUGA.. KItA SAMA-SAMA BETULKAN DIRI YE~